Muhamad Adib juarai Kejohanan Golf Terbuka UMP 2018

Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

SERAMAI 64 orang peserta termasuk dua orang pelajar tingkatan dua telah menyertai Kejohanan Golf Terbuka UMP 2018 di Kelab Golf Di Raja Pekan baru-baru ini.

Pengarah kejohanan, Abu Sufian Mokhtar berkata kejohanan kali ke-2 ini dianjurkan oleh Pusat Sukan & Kebudayaan UMP dan berharap agar kejohanan ini dapat dijadikan sebagai acara tahunan.

“Kejohanan ini diadakan untuk mengeratkan dan menjalin hubungan di antara masyarakat setempat, rakan industri dan badan kerajaan dengan pihak UMP.

“Antara badan kerajaan yang menyertai kejohanan ini adalah bomba, JPJ, Risda, Felcra, KWSP, Maritim, UiTM, MPK, MDP serta beberapa orang pemain golf bertaraf amatur dari lembah Klang dan Terengganu,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan & Kebudayaan, Abd Rahman Hj Safie.

Johan kejohanan dimenangi Muhamad Adib Shaharun dari UMP manakala Badli Hamsan ditempat kedua dan Baharuddin Osman dari Terengganu ketiga.